PRU Singapura: Kiraan sampel menunjukkan PAP kekal berkuasa, menang di 83 daripada 93 kerusi

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

SINGAPURA, 11 Julai  — Tanda-tanda awal menunjukkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bakal kekal berkuasa dengan memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum Singapura pada Jumaat.

Parti Pekerja (WP) dijangka menang di 10 kerusi.

Keputusan awal ini, setakat 1 pagi Sabtu, berdasarkan kiraan sampel pada permulaan proses pengiraan undi. Kadar kesilapan adalah empat peratus.

“Oleh kerana ini adalah kiraan sampel, keputusan pilihan raya mungkin berbeza. Proses pengiraan masih berjalan,” kata Jabatan Pilihan Raya republik itu semasa mengeluarkan kiraan sampel itu.

Jabatan itu berkata orang ramai perlu menunggu pengumuman keputusan pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Tan Meng Dui, yang akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Pilihan Raya Umum ke-18  Singapura dan ke-13 sejak merdeka pada 1965 berlangsung dalam “normal baharu” dengan peraturan penjarakan sosial dan larangan lain berikutan sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Hanya seorang calon Bebas dan 11 parti politik, termasuk  PAP, bertanding mewakili 17 kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) dan 14 kawasan pilihan raya perwakilan tunggal (SMC) untuk mengisi 93 kerusi Parlimen.

Sebanyak 10 lagi parti ialah Parti Pekerja, Parti Kemajuan Singapura, Parti Demokratik Singapura, Peoples Voice,  Parti Solidariti Nasional, Parti Pembaharuan, Parti Rakyat Singapura, People’s Power Party, Red Dot United dan Singapore Democratic Alliance.

Ini merupakan pilihan raya umum kedua berturut-turut yang menyaksikan PAP meletakkan calon di semua 31 bahagian pilihan raya.

Sebanyak  2.6 juta pemilih layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini. Setakat 8 malam, 2.56 juta atau 96 peratus daripada pemilih berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Jabatan Pilihan Raya.

Jabatan itu berkata jumlah yang keluar mengundi lebih tinggi berbanding pada Pilihan Raya Umum 2015, yang menyaksikan jumlah yang mengundi sebanyak 2.3 juta atau 93.56 peratus daripada pemilih berdaftar.

Terdahulu, diumumkan waktu mengundi dilanjutkan sehingga 10 malam kerana masih terdapat pengundi yang beratur panjang di sejumlah pusat pengundian, disebabkan langkah berjaga-jaga  yang diambil bagi membendung penularan COVID-19 untuk memastikan pilihan raya umum yang selamat.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pentadbiran Joe Biden Bakal Dianggotai Ramai Wanita, Orang Kulit Berwarna

PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita. Perkara itu menjadikan...

Jepun: Jumlah Kematian Akibat Bunuh Diri Bulan Oktober, Melebihi Covid-19 Sepanjang 2020

JEPUN: Statistik kerajaan menunjukkan bahawa bunuh diri meragut lebih banyak nyawa pada bulan Oktober daripada Covid-19 sepanjang tahun ini. Jumlah bunuh diri di Jepun...

Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

BEIJING - Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain,...