Pengarah JSJK Bukit Aman Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang baharu berkuatkuasa 10 Ogos.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad menerusi satu kenyataan arahan pertukaran pegawai kanan PDRM hari ini berkata, Zainuddin menggantikan Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bersara wajib pada 28 Jun.

Jawatan Pengarah JSJK Bukit Aman kini dipangku Timbalan JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat