#Covid19: Penutupan Pusat Kuarantin Maeps

- Advertisement -

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan penutupan Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS semalam setelah pesakit terakhir yang berada di pusat tersebut telah dibenarkan pulang.

Dalam catatan Facebook semalam, Dr Adham menyatakan pusat ini mula beroperasi pada 25 Mac 2020 dengan menerima 3 orang pesakit dari Hospital Kuala Lumpur.

Pusat ini mencatatkan bilangan tertinggi pengurusan pesakit dalam satu masa seramai 687 orang pada 6 Jun 2020.

“10 Julai adalah detik bersejarah penutupan operasi pusat ini setelah 1 orang pesakit terakhir telah discaj dan dibenarkan pulang.”

Turut hadir sama YBhg Dato’ Dr Norhizan bin Ismail, Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dan YBhg Dato’ Indera Dr Sha’ari bin Ngadiman, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat