Gabungan NGO Reformasi Sokong Anwar Jadi Calon PM

- Advertisement -

SHAH ALAM – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Reformis Malaysia (GRM) menyokong penuh keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 6 Julai 2020 yang komited dengan pendirian asal mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Menurut kenyataan bersama GRM yang terdiri daripada 10 NGO itu berkata, ia selaras dengan aspirasi majoriti perjuangan rakyat sejak dari awal melalui gerakan reformasi selama lebih 20 tahun.

“Kami berpendirian dalam merungkai dan menyelesaikan kemelut negara hari ini, semua pihak mestilah kembali kepada kerangka besar gerakan reformasi yang dipertegaskan dalam Deklarasi Permatang Pauh (1998).

“Kami menyeru agar diperkukuhkan persefahaman semua pihak sama ada parti-parti politik, NGO-NGO masyarakat madani, agensi kerajaan, pemimpin perniagaan dan lain-lain dalam memperkasa agenda serta kebajikan rakyat, selain mewujudkan kestabilan politik, memperkukuhkan keselamatan negara dan merangsangkan semula ekonomi terutamanya kesan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan bersama itu disokong oleh Persatuan Rapat Rakyat (Rapat); Pro98 Reformis; Otai Reformis; Jingga 13 Malaysia; Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM); Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (Pahlawan); Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM); Persatuan Media Sosial Malaysia (Pemassa); Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (Gasak) dan Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat