AJK dan Pengerusi Tetap AMK PKR Cabang Port Dickson Isytihar Keluar Parti

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

PORT DICKSON – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Port Dickson lumpuh apabila hampir 100 ahli termasuk pengerusi tetap, setiausaha dan 15 ahli jawatankuasa (AJK) isytihar keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Pengerusi Tetap AMK Cabang Port Dickson, Amirudin Abdul Wahab berkata, tindakan tersebut dibuat berikutan parti itu semakin lemah dan tidak berupaya memenangi kerusi pada pilihan raya umum nanti, lapor Sinar Harian.

Katanya, PKR terlalu membincangkan politik sempit hanya untuk menjadikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri semata-mata.

“Parti sanggup memecat anggota yang banyak berjasa hanya kerana berbeza pendapat dan pandangan dalam perkara kecil.

“Anggota dikehendaki taksub dengan cita-cita menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, siapa yang tidak akur akan dipecat,” katanya pada sidang akhbar di Port Dickson dekat sini hari ini.

Tambahnya, perbincangan mengenai reformasi dan pembelaan rakyat semakin jauh daripada topik dalam parti, sebaliknya tajuk utama hanya berkisar kepada menyerang sesama sendiri akibat taasub untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Katanya, pihaknya juga kecewa dan hilang kepercayaan dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mengutamakan orang di sekelilingnya sahaja.

“Bukan sahaja kami tetapi akan ada ramai lagi yang akan meninggalkan parti yang sudah kematian roh perjuangan sebenar.

“Kami menyokong usaha dalam memastikan untuk menukar kerajaan negeri kepada kerajaan lebih bersifat rakyat dengan menyokong penuh Perikatan Nasional,” katanya.

Tambah Amirudin, kepimpinan AMK Cabang Port Dickson ketika ini disifatkan sebagai tergantung apabila Ketua AMK cabang, Mohd Nazir Hamed mendapat undi tidak percaya dalam Mesyuarat Agung Tahunan AMK 2019 manakala Timbalannya, Muhammad Affandi Abd Malik dan Naib AMK, Ammar Abd Rashid pula telah digantung bulan lalu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...