Sibu Dipilih Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2020

- Advertisement -

KUCHING- “Malaysia Prihatin” itulah tema sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September 2020, di Bandar Sibu, Sarawak. Pengumuman itu dibuat oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.

Keputusan memilih Bandar Sibu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Induk sambutan Hari Malaysia 2020 bersama, diantara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan seluruh rakyat sarawak kerana menjadi tuan rumah sambutan hari bersejarah dua tahun berturut-turut”, katanya pada sidang media selepas majlis Hari Malaysia dan pelancaran logo Bulan Kebangsaan 2020.

Sebelum itu, Saifuddin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dimana beliau juga adalah Pengerusi bersama yang bertanggungjawab bagi sambutan Hari Malaysia 2020.

“Sambutan pada tahun ini akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan diadakan di dalam kawasan tertutup seperti hotel dan kehadiran adalah berdasarkan jemputan,” kata Dr Stephen.

Mengikut kebiasaannya sebelum ini, tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia diselang-selikan di antara Sarawak dan Sabah sejak 2012 dengan Sarawak menjadi tuan rumah pertama.

Bagaimanapun aturan ini tidak diikuti pada tahun 2018, apabila Sabah yang menjadi tuan rumah pada tahun sebelumnya dipilih lagi untuk menjadi lokasi sambutan.

Foto: BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat