Pilih jejaka bukan artis

- Advertisement -

NNYEONGHASEYO! Perkahwinan artis Korea Selatan adalah perkara yang sangat peribadi dan tidak semua boleh berkongsi mengenainya.

Ada yang merahsiakan sudah berkahwin dan cuma mengumumkannya pada masa yang sesuai.

Demikian juga pelakon, Han Ye Ri yang memilih untuk merahsiakan perkahwinannya dengan seorang lelaki bukan dalam kalangan artis awal tahun ini.

Walaupun sudah beberapa bulan berkahwin, agensinya Saram Entetainment baru mengumumkan berita itu.

Dalam kenyataannya, majlis bahagia pasangan mempelai berkenaan juga diadakan sangat ringkas. Malah, ia cuma dihadiri anggota keluarga saja tanpa terfikir mengadakan majlis berasingan yang lebih besar-besaran.

“Kami ingin memaklumkan satu berita gembira mengenai pelakon kami, Han Ye Ri. Dia sudah bertemu teman istimewa dan bertukar lafaz kahwin atas dasar percaya sesama sendiri serta saling mencintai.

“Pada awal tahun ini, pasangan berkenaan cuma adakan majlis jamuan kecil-kecilan bersama keluarga masing-masing. Ini kerana mereka mengambil kira situasi yang sedikit sukar pada waktu itu.

“Majlis terbabit diadakan di sebuah lokasi di Seoul. Mereka turut bersumpah janji untuk menjadi pasangan sehidup semati. Tiada perancangan untuk mengadakan majlis berasingan meraikan perkahwinan itu,” kata agensi terbabit.

Bagaimanapun, Saram tidak menyatakan punca sebenar pelakon itu enggan adakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Menurutnya, mereka mahu privasi pasangan terbabit dijaga dan dihormati pihak lain.

Begitu juga dengan keputusan menunda pengumuman mengenai berita terbabit. Agensi berkenaan turut memohon maaf kerana baru sekarang mereka boleh berkongsi mengenai perkahwinan Ye Ri.

“Kami mohon kerjasama anda semua agar faham dengan keputusan kami untuk tidak memaklumkan berita itu sebelum ini. Lagipun, suami Ye Ri bukan datang dari kalangan selebriti.

“Kami juga meminta orang ramai tidak menggali lanjut mengenai maklumat peribadi suaminya,” kata agensi itu.

Namun, Saram berharap peminat Ye Ri akan dapat memberikan ucapan tahniah serta mendoakan perkahwinan pasangan itu sentiasa bahagia dan terus menyokong perjalanan kariernya.

“Ye Ri semestinya akan terus bekerja keras dan memberikan lakonan terbaik dalam kerjayanya. Itulah cara terbaik boleh dilakukannya untuk membayar jasa semua yang sentiasa menyokongnya,” katanya.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat