Justin Bieber lumpuh sebelah muka

- Advertisement -

Los Angeles: Justin Bieber mendedahkan dia mengalami kelumpuhan sebelah muka disebabkan sindrom Ramsay Hunt.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.

Kata penyanyi berusia 28 tahun itu, dia terpaksa membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

“Virus yang menyerang saraf di telinga dan muka menyebabkan separuh muka saya menjadi lumpuh. Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya ini. Lubang hidung ini tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.

“Bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan konsert seterusnya, secara fizikal, tidak mampu melakukannya,” katanya.

Bieber yang kini dalam siti konsert jelajah Justice di Amerika Utara sudah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

Perkongsian Justin itu turut membuatkan ramai peminat terutama di Malaysia bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur Oktober depan akan turut terjejas.

Sebelum ini, isteri Justin iaitu Hailey Baldwin mendedahkan dia mengalami simptom serangan strok pada Mac lalu.

Bagaimanapun Hailey memaklumkan selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan dia mengalami kekurangan oksigen.

Dalam pada itu, Bieber turut memberitahu peminatnya yang dia akan berehat untuk seketika waktu bagi memulihkan penyakitnya itu.

Menurutnya, dia juga sedang melakukan terapi latihan muka supaya wajahnya kembali normal.

“Ini agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap ini tidak berlaku tetapi kelihatan badan saya memberitahu yang saya perlu perlahankan aktiviti.

“Saya harap anda semua faham dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus supaya boleh melakukan apa yang saya lakukan sejak lahir.

“Kita tidak tahu berapa lama masa yang akan berlaku tetapi ia akan baik-baik saja, saya mempunyai harapan dan saya percaya kepada Tuhan.

“Saya percaya itu semua ada sebabnya. Saya tidak pasti apa yang betul kini tetapi sementara ini saya akan berehat,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat