Izzue Islam ‘tinggalkan’ watak hero sekejap

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Kenapa dah tak jadi hero? Kenapa pelakon pembantu saja? Tak ada nak ambil jadi hero dah ke?

Itu antara soalan yang diterima pelakon, Izzue Islam selepas dilihat kurang memainkan watak utama dalam drama atau filem sejak kebelakangan ini.

Izzue berkata, tawaran itu masih ada, namun perjalanan kariernya ketika ini lebih tertumpu kepada bidang pengacaraan selain perlu mengikut jadual sedia ada.

“Sebenarnya memang ada tawaran untuk watak utama tapi disebabkan jadual kerja sekarang ini saya kena bahagi-bahagikan antara lakonan dan pengacaraan.

“Saya memang kena pilih sekarang ini, sebab takut bertembung dengan jadual pengacaraan yang sudah sedia ada.

“Kalau ambil watak utama saya perlu beri komitmen 100 peratus dan hari-hari perlu terbabit dalam lakonan,” katanya yang juga penyanyi.

Walaupun masih setahun jagung dalam bidang pengacaraan dan memerlukan pendedahan yang lebih luas, Izzue yang juga bekas anggota kumpulan Forteen itu tetap mahu terus berikan yang terbaik.

Menurutnya, tunjuk ajar daripada pengacara yang sudah berpengalaman sedikit sebanyak membantunya untuk mengatasi kekurangan yang ada.

“Saya memang terlalu baru dalam bidang pengacaraan dan tak banyak pengalaman macam orang lain. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik.

“Perasaan segan itu masih ada dan risau takut tersalah. Jadi saya banyak ambil pengalaman dan nasihat daripada orang-orang lama untuk saya gunakan dalam pengacaraan.

Terbaharu, Izzue mengacarakan program I Can See Your Voice Malaysia musim ke-5 bersama Ain Edruce yang bersiaran di TV3 pada setiap Ahad jam 9 malam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat