HOSPITAL JASIN TERIMA ANUGERAH BANGUNAN HIJAU BERTARAF PLATINUM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba berkata Hospital Jasin, Melaka telah berjaya mendapat penarafan tertinggi (Platinum) dalam pensijilan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) yang dikeluarkan oleh U.S. Green Building Council (USGBC).

Menurutnya, kejayaan ini telah melakar sejarah bagi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menerajui dunia bagi Fasiliti Hospital Hijau selaras dengan usaha dunia menangani isu perubahan iklim dan kesihatan alam sekitar.

Jelas beliau, ianya amat membanggakan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perkhidmatan awam amnya, pensijilan bangunan hijau bertaraf Platinum itu adalah dalam kategori Existing Building Operation and Maintenance Version 4 iaitu yang pertama di dunia bagi bangunan hospital dan juga yang pertama di Malaysia bagi bangunan Kerajaan.

“Anugerah ini juga memberikan keyakinan kepada golongan profesional antarabangsa bahawa Kerajaan Malaysia berada pada landasan yang betul terutamanya dalam urusan penyenggaraan di bawah KKM. Justeru itu, rakyat tidak perlu bimbang akan mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh KKM.

“Pensijilan LEED ini akan menjadi penanda aras kepada KKM untuk meluaskan pelaksanaan program penarafan bangunan hijau di fasiliti- fasiliti kesihatan KKM yang lain sebagai usaha menyokong komitmen Kerajaan di peringkat global dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan mendepani kesan perubahan iklim.

“KKM juga telah menjadi contoh utama dalam sektor awam dan menjadi peneraju dalam melaksanakan strategi dan inisiatif lestari ke arah pensijilan bangunan hijau di negara ini,” katanya melalui kenyataan media, sebentar tadi.

Pada majlis itu, KKM juga telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut mewakili Asia Tenggara yang mengiktiraf keimpinan teladan organisasi dalam bangunan hijau di bawah pensijilan LEED. Pengiktirafan ini adalah susulan daripada kejayaan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi yang telah mencapai penarafan LEED Gold (kedua tertinggi) certification di bawah kategori Existing Building Operation and Maintenance version 4 pada tahun 2020.

“Melalui pensijilan ini, hospital-hospital KKM diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam aspek pembangunan mampan dengan mengutamakan pematuhan piawaian dan pelaksanaan amalan hijau bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif.

“Pelaksanaan amalan hijau dalam pengurusan fasiliti hospital berupaya memberikan penjimatan tenaga yang optimum, mengurangkan kos utiliti dan belanja operasi hospital, menyediakan kualiti udara dalaman yang baik di samping meningkatkan prestasi dan keupayaan keseluruhan bangunan. Penggunaan teknologi hijau dan produk mesra alam juga sentiasa diutamakan dan menjadi pilihan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif lestari di fasiliti kesihatan bagi memacu dan menyokong pertumbuhan hijau di negara ini.’ ujar beliau lagi.

Majlis anugerah oleh USBGC itu telah diadakan secara maya pada 10 Jun 2021. Hadir bersama YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Tuan Haji Tauran Zaidi Ahmad Zaidi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat