Azmin Sindir Anwar Melalui ‘Formula Matematik’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyindir Pakatan Harapan (PH) mengenai sokongan terbaharu kerusi parlimen yang dimiliki.

Mohamed Azmin dilihat memuat naik satu formula matematik ringkas di media sosial yang dipercayai merujuk kepada bilangan kerusi parlimen dimiliki pembangkang.

“129 – 1 = 107,” tulisnya ringkas di laman Twitter.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa PH memiliki sokongan 107 kerusi parlimen.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 129 kerusi seperti yang didakwa beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.

Beberapa pemimpin pembangkang juga pernah mendakwa memiliki bilangan kerusi mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pembangkang juga menyatakan kesediaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat