Hamzah Pula Dipanggil SPRM Beri Keterangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin percaya pelanjutan khidmat Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tiada muslihat tertentu.

Pun begitu, Setiausaha Agung Bersatu itu berkongsi sejurus pengumuman pelanjutan kontrak Azam itu beliau terpalit pertuduhan rasuah.

“Semalam Ketua Setiausaha Negara mengumumkan pelanjutan kontrak khidmat Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, untuk tempoh setahun lagi.

“Tahniah saya ucapkan kepada Azam atas pengiktirafan kerajaan bahawa khidmat beliau amat diperlukan pada waktu ini. Saya percaya perlanjutan ini tiada muslihat tertentu.

“Hari ini (semalam) juga SPRM telah mengenakan empat pertuduhan rasuah terhadap individu bernama Sim Choo Thiam. Pertuduhan tersebut menyebutkan bahawa ia membabitkan projek-projek di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semasa saya menjadi Menteri Dalam Negeri. Malah pertuduhan tersebut juga menyebutkan nama saya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kata Hamzah, itulah yang janggal dan menghairankan beliau kenapa namanya disebut sedangkan beliau tiada pembabitan langsung.

“Bila diperhalusi keempat-empat pertuduhan tersebut ia menyebut bahawa suapan adalah untuk “mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri”. Jadi apakah projek yang menjadi hal perkara rasuah yang dimaksudkan?

“Jelas pertuduhan sebegitu sengaja diada-adakan dan dibuat sebegitu rupa untuk mengheret nama saya dalam perkara yang tidak langsung membabitkan saya. Ini siri fitnah untuk menekan orang- orang serta ahli perniagaan tertentu supaya memalitkan dan menuding jari terhadap saya demi mencemarkan nama saya.

“Lebih janggal apabila saya hanya dirakam keterangan pada petang ini bermula kira-kira pukul 4.30 petang hingga pukul 7 malam oleh pegawai SPRM selepas pertuduhan ke atas Sim Choo Thiam telah dibawa ke mahkamah,” ujarnya.

Menurut Hamzah lagi, pertuduhan yang mengheret nama beliu ini jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno sendiri sebelum ini secara terbuka menyebut rancangan untuk mewujudkan kluster mahkamah dari kalangan pemimpin Bersatu dan PN.

“Saya percaya, ini adalah kerana mereka bimbang dengan kekuatan PN, yang mana sokongan rakyat akan diterjemahkan sekali lagi dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

“Saya juga faham ada pihak tertentu yang panik dengan kedudukannya yang sedang goyah ketika ini tetapi janganlah bertindak sehingga menyebabkan rakyat merasakan SPRM boleh diperalat oleh pemimpin tertentu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat