Lanjutan khidmat Azam bukti beliau dipercayai – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS percaya pelanjutan tempoh khidmat Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan beliau dipercayai sekali gus menangkis persepsi persepsi buruk yang cuba dilontarkan terhadap beliau dan SPRM oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS mengucapkan tahniah dan berharap Azam akan terus memberi khidmat cemerlang beliau kepada negara.

Katanya, ini sekali gus memimpin SPRM ke tahap-tahap yang lebih membanggakan dalam usaha membebaskan rakyat dan masyarakat daripada budaya dan amalan rasuah yang merosakkan.

“PAS mengalu-alukan dan menjunjung kasih di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki selama satu tahun lagi berkuat kuasa 12 Mei ini.

“Bagi PAS beliau yang mencapai umur bersara wajib 60 tahun pada tarikh sama setelah berkhidmat dengan suruhanjaya berkenaan selama 36 tahun dan dilantik untuk mengetuainya pada tahun 2020 telah terbukti dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang dan berkesan di institusi utama pencegahan rasuah negara ini,” ujarnya.

Menurut Takiyuddin lagi, walaupun pernah berdepan dengan beberapa dakwaan yang lebih berbentuk tohmahan salah laku termasuk berkaitan pemilikan saham dalam beberapa syarikat sebelum ini.

“Bagaimanapun PAS secara konsisten percaya malah menerima kenyataan penafian beliau berhubung perkara itu.

“Sekali gus menghalang percubaan pihak-pihak berkepentingan untuk menimbulkan keraguan terhadap maruah dan integritinya secara peribadi dan SPRM sebagai institusi penting negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat