UMNO di kedudukan terbaik, ini masanya PRU-15 – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Ini masa yang terbaik untuk diadakan pilihan raya umum,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, UMNO kini berada kedudukan yang terbaik untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Bagi parti, ini masa terbaik untuk diadakan PRU-15. Namun, keputusan bagi pembubaran Parlimen ini terletak di tangan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang akan menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong.

“Itu keputusan Perdana Menteri kerana kita faham beliau ada pertimbangannya sendiri. Mungkin beliau akan menunggu sehingga memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan dan pembangkang tamat 31 Julai ini.

“Perdana Menteri sudah membuat janji dan beliau sudah pasti mahu menunaikannya,” katanya memetik BH dalam sidang media selepas beliau merasmikan Wacana Aspirasi UMNO di Menara Dato Onn, pada Rabu.

Mohamad menegaskan UMNO mahu berdepan PRU-15 dalam keadaan parti kukuh, bukan berpecah belah akibat pemilihan parti.

Katanya, pemilihan parti sedikit sebanyak akan ‘melukakan’ parti.

“UMNO tidak mahu berdepan PRU-15 ketika parti kucar-kacir akibat pemilihan ini dan dilihat berpecah-pecah.

“Sebagai orang yang diberikan kepercayaan bersama presiden, saya tidak akan benarkan parti ini menghadapi pilihan raya dalam keadaan kucar-kacir.

“Saya akan pastikan UMNO berdepan pilihan raya umum dalam keadaan mantap sebagai satu pasukan dan menang,” katanya.

Beliau menegaskan selepas menang pilihan raya, sesiapa saja dalam parti boleh menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam parti.

“Selepas menang, siapa nak bertanding lawan presiden, timbalan presiden dan jawatan lain silakanlah.

“Apa yang penting sekarang UMNO mahu menawan semula Putrajaya. Jika UMNO menang, Melayu menang.

“Jika UMNO kalah PRU-15, maka akan jadi sebagaimana dalam tempoh 22 bulan yang mana orang Melayu menjadi terhina dan ‘pedagang’ di negaranya sendiri,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama yang ingin dibentuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersama Pakatan Harapan (PH), Mohamad berkata, kerjasama ituhanya bersifat individu.

Katanya, apa yang dilaksanakan itu bukan keputusan parti.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kerjasama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat