Pakar undang-undang, Salleh Buang meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakar undang-undang, Datuk Salleh Buang meninggal dunia sebentar tadi.

Pemergian beliau dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang dalam Facebook beliau pada Rabu.

“Dukacita dimaklumkan Datuk Prof Salleh Buang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama insan yang beriman dan bertaqwa. Sesungguhnya beliau telah banyak berjasa kepada kita semua Pegawai Syariah/Peguam Syarie,” katanya.

Allahyarham Salleh dahulunya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara di Kuala Lumpur sebelum menjadi peguam bela dan peguam cara, menyertai sektor korporat dan akademik.

Beliau terlibat secara aktif di dalam memberikan ceramah umum dan latihan kepada sektor awam dan swasta serta banyak memberikan pandangan berhubung isu-isu undang-undang serta perlembagaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat