PERHILITAN rampas pelbagai bahagian hidupan liar bernilai RM36.8 juta

Oleh Zihan Zari

JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menjumpai pelbagai bahagian hidupan liar, disyaki hempedu ular sawa (602 biji), hempedu beruang (420 biji), bahagian harimau (107 ketulan mampat), bahagian primat (135 ketulan mampat), dan bahagian syawat ular Sawa (191 batang) di Taman Johor Jaya, dekat sini pada Selasa.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis kediaman seorang lelaki warganegara Vietnam yang merupakan penghuni rumah tersebut.

Beliau berkata orang yang disyaki, warganegara Vietnam tersebut telah gagal mengemukakan sebarang dokumen menyimpan yang sah daripada PERHILITAN.

“Semua bahagian hidupan liar tersebut telah disita dan dibawa balik ke Pejabat PERHILITAN Johor untuk tindakan selanjutnya dan nilai sitaan semua barang kes dianggarkan sebanyak RM36,842,325.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan bahagian hidupan liar tanpa kebenaran yang sah di bawah Seksyen 60 dan Seksyen 68.

“Jika disabitkan kesalahan, bagi hidupan liar yang dilindungi bawah Seksyen 60, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, ”katanya dalam kenyataan.

Katanya, bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bawah Seksyen 68, denda tidak kurang RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi bahagian hidupan liar disyaki spesies Beruang dan Harimau kesalahan dibawah Subseksyen 68(2)(c) memperuntukkan hukuman tidak kurang RM150,000.00 bagi setiap bahagian dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, ”katanya lagi.

“PERHILITAN ingin memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyimpan atau menjalankan aktiviti jenayah hidupan liar agar menghentikan aktiviti terbabit atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang tegas.

“Orang ramai diharap akan terus memberikan sokongan dan membantu dengan menjadi mata dan telinga PERHILITAN melalui penyaluran maklumat dalam usaha memerangi jenayah hidupan liar,”ujarnya.

Ujarnya lagi, maklumat boleh disalurkan melalui talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di laman web www.wildlife.gov.my. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat