Ahli Dewan Negara juga wajar dimasukkan dalam RUU Antilompat Parti – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Dewan Negara juga wajar dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti, syor Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Jelas beliau ini berikutan ada juga ahli Dewan Negara yang dilantik oleh satu parti dilihat beralih sokongan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ahli Dewan Negara juga perlu dan bukan hanya ahli Dewan Rakyat sahaja.

“Tidak ada sebab mereka juga terlepas dengan apa dibincangkan hari ini. (Mereka) juga mesti terikat, tidak juga boleh lompat.

“Sebagai contoh ada lantikan ahli Dewan Negara dari BN beralih sokongan kepada PH selepas PRU14,” katanya ketika membahaskan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan berkata, Perlembagaan perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada pembentangan RUU anti lompat parti, yang didesak parti pembangkang.

Pindaan Perlembagaan itu dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini. RUU itu pada mulanya dijadual dibentangkan pada tarikh sama, tetapi ditangguhkan susulan perbezaan pendapat dalam Kabinet.

Dalam pada itu, Nazri juga meminta pindaan itu turut membenarkan seseorang yang meletak jawatan dalam parti dibenarkan bertanding dengan mewakili Bebas untuk memberi hak untuk bertanding semula.

“Diharap dalam pindaan ini dibuang sekatan lima tahun bertanding jika letak jawatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat