Jeti RM50,000: Guna kayu belian, sungai penuh buaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kos RM50,000 untuk membina Jeti Kampung Mutap, Bekenu di Miri Sarawak dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai jumlah yang munasabah kerana menggunakan kayu belian.

JKR Bahagian Miri juga menjelaskan selain menggunakan kayu jenis belian pelbagai faktor juga diambil kira dalam menentukan kos pembinaan jeti berkenaan.

Antaranya termasuk kos logistik selain faktor keselamatan dan keadaan jalan untuk ke kawasan berkenaan.

Kata JKR Miri, kayu belian yang digunakan pula bernilai RM9,000 semeter, lebih rendah daripada kadar harga pasaran.

“Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Kenyataan itu bagi menjelaskan, mengenai dakwaan warganet yang mendakwa kos pembinaan jeti itu tidak wajar.

Menurut JKR Bahagian Miri, cadangan awal adalah untuk membina jambatan keluli, namun terpaksa ditolak disebabkan kos yang terlalu tinggi.

Dimaklumkan juga, Ketua Kampung Mutap Sediah Abdullah memilih jeti daripada kayu belian sebagai ganti dan beliau perlu memohon peruntukan tambahan daripada wakil rakyat kawasan untuk pembangunan fasa kedua jeti itu.

“Ketika lawatan tapak, Ketua Kampung juga memaklumkan bahawa sungai itu dipenuhi buaya dan kontraktor yang dilantik hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga apabila melaksanakan kerja pembinaan.

“Kebimbangan lain termasuk hakikat bahawa akses jalan ke Kampung Mutap adalah jalan ladang yang amat membebankan,” katanya.

JKR Bahagian Miri juga berkata, cabut undi bagi projek itu dibuat pada 30 November 2021 di Pejabat Residen Miri dan kontraktor yang dipilih ialah Syarikat Bukit Balat, dengan kontrak ditawar untuk permulaan kerja pada 7 Mac 2022 hingga 6 Jun 2022.

“Projek berjaya disiapkan pada 6 April 2022 dan pemeriksaan tapak terakhir dilaksanakan secara bersama oleh JKR Bahagian Miri, Ketua Kampung dan kontraktor,” katanya yang memberitahu jeti diserahkan kepada Ketua Kampung selepas penilaian kerja akhir memuaskan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,596FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat