Pembinaan Semula Parti Bersatu Memerlukan Pengorbanan dan Arkitek Berwawasan

1. Seperkara yang amat penting yang berlaku kepada parti BERSATU semalam adalah penyerahan watikah perlantikkan kepada Ketua-Ketua Bahagian Penaja yang baru bagi menggantikan Ketua-Ketua Bahagian yang meletakkan jawatan.

Dengan perletakkan jawatan beberapa Ketua Bahagian ini jelas memperlihatkan bahawa mereka adalah pengikut setia kepada Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Mereka tidak setia kepada parti BERSATU, yang telah memberi mereka ruang dan peluang untuk menjadi Ketua Bahagian.

2. Ramai di kalangan mereka lupa bahawa kedudukkan mereka selama ini sebagai Ketua Bahagian sedikit sebanyak adalah atas sokongan, restu serta pertimbangan daripada Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti BERSATU yang hanya baru berusia 9 tahun 6 bulan, di lihat begitu cekap di bina semula (re-build) oleh Presiden Parti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin di lihat tidak menunggu lama untuk memperbetulkan parti BERSATU ini.

3. Di dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Berbuka Puasa semalam, saya lihat begitu ramai bekas Ketua-Ketua Bahagian (asal) dan pemimpin-pemimpin Bahagian di pilih semula menerajui Bahagian masing-masing.

Berberapa pemimpin muda juga di pilih untuk menerajui Bahagian bagi meremajakan Bahagian.

Ada beberapa Ketua Bahagian Asal ini kembali semula. Mereka adalah antara pemimpin Bahagian yang di kalahkan oleh orang-orang Hamzah pada pemilihan parti yang lalu.

Rupanya pembinaan semula parti BERSATU di bulan Ramadhan ini mempunyai HIKMAHNYA tersendiri.

Kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin menyusun dan membina semula Parti BERSATU mendapat pujian dari semua pihak.

Strategi memilih semula bekas pemimpin-pemimpin Bahagian yang masih mempunyai pengaruh yang kuat di Bahagian masing-masing merupakan satu strategi yang tepat untuk berhadapan dengan Pilihanraya Negeri Melaka, Johor dan PRU ke 16.

Sesungguhnya Presiden BERSATU ini merupakan ARKITEK terbaik untuk memulihlan parti BERSATU yang kini berada dalam krisis kepimpinan.

Dato’ Saiful Bahar Arshad 
Shah Alam, Selangor.
11 March 2026.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat