KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer bahawa semua agama dan bangsa wajar dihormati bukannya cuma satu agama dan bangsa sahaja.
“Tindakan segera juga kepada mamat (Vijayan Savarinathan) yang menghina agama Islam ni.
“Kenapa hanya kepada penyampai radio dan Zamri Vinoth sahaja? Jangan berat sebelah wahai Jelutong.
“Ke kamu takut hilang undi kalau minta mamat yang menghina agama Islam ni dikenakan tindakan juga?
“Hormat kepada semua agama dan bangsa,bukan hanya pada satu agama dan satu bangsa sahaja! bidas Akmal.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang dengan segera terhadap penyampai radio Era dan pendakwah bebas Zamri Vinoth.
“Sudah hampir dua minggu Zamri Vinoth mula mencarut dan mengejek Thaipusam di laman Facebooknya selepas kontroversi Era FM.
“Sama seperti insiden KK Mart di mana pemiliknya walaupun permohonan maaf mereka segera dihadapkan untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah, saya menggesa Peguam Negara dan polis bertindak segera dan lebih baik pertuduhan jenayah terhadap deejay Era FM dan Zamri Vinoth tanpa berlengah-lengah lagi untuk menunjukkan bahawa tiada standard dwi-standard dalam semua kes ejekan agama seperti baru-baru ini.
“Dalam pada itu, saya menggesa semua rakyat Malaysia bertenang dan terus membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Zamri Vinoth kerana ini adalah satu-satunya cara kita boleh menuntut tindakan pihak berkuasa terhadap Zamri Vinoth! gesa Rayer.