Bintang Sesame Street meninggal dunia

- Advertisement -

New York: Bintang Sesame Street, Emilio Delgado, 81, yang disahkan menghidap barah darah pada 2020, meninggal dunia di kediamannya, di sini, hari ini.

Delgado yang cukup terkenal sebagai watak Luis pemilik Fix-It Shop dalam program ikonik itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri serta keluarga tercinta.

Menurut isterinya Carol, Delgado masih berkerja-keras menjayakan pelbagai projek sebelum perintah berkurung dilaksanakan sewaktu pandemik Covid-19 mula melanda.

Projek itu termasuk sebagai bintang utama sebuah produksi teater berjudul Quixote Nuevo.

Pada Disember 2020, dia kemudian disahkan menghidap barah dinamakan Multiple Myeloma berkenaan. Sejak itu, dia dimasukkan ke pusat jagaan untuk rawatan penyakitnya.

Pelakon itu mula terbabit dalam program Sesame Street sejak 1971. Delgado juga kerap menjayakan persembahan pentas secara langsung untuk program berkenaan.

Demi melebarkan lagi sayap kariernya, dia turut muncul dalam pelbagai program TV terkenal. Antaranya Lou Grant, Quincy M.E., Falcon Crest, The Bravest Knight, Law & Order: Special Victims Unit dan House of Cards.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat