Siri istimewa BoBoiBoy cuti sekolah ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sempena ulang tahun ke-10, siri animasi adiwira BoBoiBoy yang ditayangkan di TV3 sejak 2011 diraikan dengan tayangan episod khas berdurasi 30 minit sepanjang tempoh cuti sekolah hujung bulan ini.

Ketua Pemasaran dan Jualan Antarabangsa Monsta, Faiz Zainal berkata, episod khas itu bakal menggamit emosi pengikut setia animasi berkenaan apabila menampilkan kejutan istimewa.

“Istimewanya tayangan ini adalah versi tambahan kepada episod satu musim pertama BoBoiBoy. Ia memaparkan babak yang belum pernah ditayangkan sebelum ini iaitu adegan BoBoiBoy bersama bapanya, Amato (Mechamato). Pastinya peminat tegar BoBoiBoy tidak mahu terlepas untuk menontonnya,” katanya.

Perjalanan sedekad itu bukan saja istimewa kepada BoBoiBoy, tetapi amat bermakna buat TV3 dan Media Prima Berhad.

Animasi terbabit adalah produk 3D tempatan pertama yang berjaya mencecah jutaan tontonan di TV sekali gus membuka lembaran baharu buat industri animasi tempatan.

Kerjasama antara TV3 dan Monsta yang utuh selama 10 tahun itu turut berhasil mencetuskan fenomena Terbaik Raya pada 2012.

BoBoiBoy adalah siri animasi tempatan yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia dan ditayangkan di lebih 70 buah negara antaranya India, China, Korea Selatan, Turki, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Siri animasi itu juga cukup unggul meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat global. Pencapaian itu sekali gus meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam penghasilan siri dan filem animasi 3D bertaraf dunia.

Sempena ulang tahun itu juga, pelbagai program menarik dan barangan baharu sudah diatur Monsta dengan tanda pagar #BoBoiBoyBeyond10.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat