Norish Karman nazak, itu bukan daripada Seniman – Zed Zaidi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menafikan memuat naik hantaran yang mendakwa pelakon, Norish Karman berada dalam keadaan nazak di sebuah pusat perubatan di ibu negara, semalam.

Presidennya, Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, perkongsian dimuat naik di Facebook Seniman itu dibuat ahli yang dianggap lebih kepada perkongsian maklumat.

“Seniman menafikan itu kenyataan daripada persatuan. Platform Facebook Seniman ada dua iaitu Seniman Fan Page dan Seniman Group.

“Platfom ini untuk memberi ruang kepada masyarakat dan ahli yang ada maklumat mengenai artis yang ada di sekeliling atau berdekatan mereka. Tapi, apabila ada ahli yang muat naik, ia bukan daripada persatuan.

“Berhubung apa yang berlaku terhadap Norish, ia hanya makluman dan maklumat. Kalau daripada Seniman, status atau perkongsian itu mesti ada tulisan ‘admin’ atau moderator. Kalau tak ada, itu daripada ahli atau masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Zed berkata, dia tidak berhak melarang ahli atau masyarakat berkongsi maklumat di platform yang disediakan.

“Saya tak boleh nak halang mereka untuk masuk dalam kumpulan Facebook itu atau memuat naik sebarang maklumat. Ini kerana Seniman perlukan maklumat mengenai artis terutama yang sudah lama tidak berhubung dengan kami.

“Mengenai Norish, saya bertanya kepada ahli yang memuat naik hantaran itu sama ada betul atau tidak. Dia cakap dia kawan baik dan rapat dengan Norish. Jadi, bagi saya, dia yang muat naik dan dia kena bertanggungjawab. Namun, hantaran itu sudah dipadam,” katanya.

Dalam masa sama, Zed berkongsi tetap akan membuat susulan mengenai dakwaan itu.

“Walaupun anak Norish menafikan ibunya sakit, kami akan dekati dia dalam masa terdekat ini dan selesaikan jika benar-benar menghadapi masalah dan memerlukan bantuan,” katanya.

Portal Harian Metro semalam melaporkan anak sulung Norish iaitu Muhammad Haqiem Amany, 22, menafikan pelakon itu sedang nazak seperti hantaran yang dikongsikan di Facebook Seniman, semalam.

Menerusi kenyataan itu, Amany berkata, Norish dalam keadaan baik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat