Puas hati dengan SOP panggung wayang

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) memaklumkan 98 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan pihak panggung wayang sejak kembali beroperasi 5 Mac lalu.

Ia berdasarkan bancian dilakukan laman web Cinema Online yang mendapat maklum balas daripada hampir 25,000 responden dalam tempoh 72 jam, baru-baru ini.

Pengerusi MAFE, Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan maklum balas sangat positif itu, sekali gus memberi sinar untuk ekonomi sektor panggung wayang kembali pulih.

“Pengendali panggung wayang semestinya sangat terharu dengan maklum balas positif diterima daripada semua yang menjawab bancian itu. Sekarang kami teruja untuk mengalu-alukan semua penonton dengan lebih selamat supaya rakyat Malaysia dapat menikmati kembali pengalaman hiburan di panggung wayang.

“Kami menyambut baik berita pembukaan semula panggung wayang dengan SOP baharu yang membenarkan penonton daripada keluarga atau rumah sama untuk duduk secara berpasangan.

“Ia sekali gus memberikan impak positif berganda kepada setiap cawangan, perniagaan makanan dan minuman serta seluruh rangkaian pembekal dalam industri panggung wayang. Ini menjanjikan kelangsungan pendapatan semua pihak berkepentingan dalam industri ini,” katanya.

 

Mohd Ghazali Mohd Seth
Mohd Ghazali Mohd Seth

 

Menerusi bancian terhadap 24,197 orang itu, responden yang terdiri daripada 56 peratus lelaki dan 44 peratus wanita rata-ratanya bersetuju dengan pelaksanaan SOP baharu terbabit.

Demografi usia responden tertinggi yang mengambil bahagian adalah 25 hingga 34 tahun iaitu sebanyak 52 peratus, diikuti 15 hingga 24 tahun (28 peratus), 35 hingga 44 tahun (16 peratus) dan 45 tahun ke atas (4 peratus).

Sebanyak 97 peratus daripadanya menyatakan tidak sabar untuk kembali menonton dan 92 peratus bersetuju ia selamat untuk ke panggung wayang sebagaimana pergi ke pusat beli-belah dan menikmati makanan di restoran.

Sebanyak empat judul filem pecah panggung yang paling dinantikan ialah Godzilla vs Kong, A Quiet Place Part 2, Fast and Furious 9 dan Top Gun: Maverick. Sebanyak 92 peratus responden juga teruja menonton filem-filem berkenaan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat