Adil dan tak fasik ciri utama calon PAS di Johor – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Anggaran kerusi untuk ditandingi PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac sudah ada dalam perkiraan,” kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pun begitu, tegas Hadi ciri-ciri calon PAS mestilah “adil dan tak fasik” malah mempunyai pengetahuan serta tahu menjalankan tugas.

“Anggaran sudah ada. Kita akan dengar PAS Johor.

“Dan PAS Pusat akan menilai, akan turun ke bawah, kawasan yang patut kita bertanding. Itu perlu dibincang dengan rakan-rakan kita,” memetik Hadi di Marang, Terengganu pada Jumaat.

Kata Hadi lagi, perkara itu dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Bila sampai masa (kita umum), dah dekat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat