Bersatu Jangan Menambah Musuh – Ahli MT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatan Perdana Menteri yang disandang, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun atas ehsan UMNO, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii ingatkan Bersatu supaya tidak mencipta lebih ramai musuh.

“Saya ingin ingatkan seperkara kepada semua pimpinan Bersatu. Jangan lupa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri hari ini atas ehsan UMNO.

“Menteri-Menteri yang sedang menerima kecaman teruk daripada rakyat berhubung pelbagai kenyataan tidak mesra rakyat juga terdiri daripada pemimpim Bersatu.

“UMNO tidak terpalit dengan banyak keputusan yang tidak mesra rakyat. Rakyat akan menghukum anda kerana riak dan dasar tidak peduli rakyat,” kritik Razlan dalam satu kenyataan media, hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata demikian susulan tertarik dengan gesaan Majlis Tertinggi Bersatu Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang mendesak agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyiasat dakwaan yang dibuat di mahkamah bahawa UMNO mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit yang melanggar Akta Pertubuhan.

“Secara tersiratnya, Dr. Faiz cuba menunjuk pandai dengan mengajar Setiausaha Agung parti tersebut cara buat kerja yang sebenar sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Mungkin ini salah satu sebabnya mengapa banyak parti yang cuba didaftarkan masih tidak diluluskan oleh ROS. Rupa-rupanya ada campurtangan daripada pimpinan Bersatu di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya yakin ROS tahu bidang kuasa kerja mereka. Kepimpinan Bersatu tak perlu terburu-buru nak haramkan UMNO. Menggunakan alasan teknikal untuk tujuan tersebut adalah perbuatan yang tidak ‘gentleman’,” katanya.

Razlan menambah, sebaliknya Bersatu lawan UMNO dengan memenangi hati rakyat bukannya dengan cubaan menumbangkan parti yang ditubuhkan oleh rakyat ini semenjak tahun 1946.

“Rakyat tahu bahawa Bersatu kini menjadi tempat mencuci dosa Ahli-Ahli Parlimen yang mempunyai rekod buruk di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak kurang juga mereka yang mempunyai kes-kes jenayah yang lain. Kes berkaitan dadah hanya dilaporkan sekerat jalan sahaja di dada-dada akhbar.

“Begitu juga dengan pertanyaan daripada rakyat mengenai ke mana hilangnya Tabung Harapan yang dipungut untuk membantu membayar hutang negara. Sehingga kini tidak diisytiharkan ke mana aliran wang tersebut jika benar digunakan untuk tujuan asal.

“Banyak lagi pertanyaan yang masih tidak terjawab, termasuk juga dengan kewujudan Ibu Pejabat Bersatu yang naik macam cendawan di seluruh negara. Dari mana datang duit banyak-banyak ni,” ujar beliau.

Razlan menegaskan, kenyataan berunsur ancaman terhadap UMNO meskipun telah mendokong kerajaan Persekutuan masih tidak berpenghujung.

“Kecaman demi kecaman dilemparkan terhadap UMNO seolah-olah parti ini hina pada pandangan mata mereka di dalam Bersatu.

“Sekadar makluman bersama, sekiranya Bersatu tewas pada PRU-15 akan datang, kepimpinan anda juga akan didakwa oleh pihak lawan.

“ Ketika itu, jangan tuduh UMNO punya kerja pula kerana sehina-hina UMNO, kami telah meluluskan penubuhan Bersatu dan tidak pula mengharamkan parti ini. Banyak kes-kes Projek Direct Award dari Kementerian di bawah Bersatu menjadi siasatan SPRM, jangan lupa,” pesan beliau sinis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat