Dihumban ke penjara tak setanding derita rakyat miskin – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkap peristiwa hitam enam tahun lalu yang menghumban beliau ke penjara untuk kali kedua.

“Semalam tarikh 10 Februari adalah tarikh yang amat mengesankan saya tatkala sekali lagi dihumban ke penjara.

“Pengalaman mendekam di penjara itu mengajar saya untuk kekal kuat dan teguh dalam menyuguh agenda rakyat meski diuji, diancam dan ditekan dengan dahsyat.

“Derita yang saya alami pada ketika itu masih kecil ketimbang derita yang ditanggung rakyat yang masih dirundung masalah kemiskinan dan peminggiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru itu, Ketua Pembangkang itu berkata, beliau akan terus memperteguh tekad agar negara ini harus segera dipulihkan dan agenda reformasi itu mesti membela semua.

“I will not be silenced, i will fight on for freedom and justice and i will never surrender!,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat