Covid-19 serang tanpa diskriminasi – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan bahawa kita diserang virus yang tidak mendiskriminasi.

Katanya, Covid-19 menjangkiti semua orang tidak kira bangsa dan agama.

“Sebagai masyarakat Malaysia berbilang bangsa yang berkongsi masa depan, kita juga mesti tidak mendiskriminasi.

“Kita perlu terus ikhlas berganding bahu dan berkongsi tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hishammuddin berkata, banyak yang telah kita lalui dalam setahun ini disebabkan Covid-19.

Ujarnya, salah satunya kita perlu patuh cara hidup baru. Pakai pelitup separuh muka, amal jarak sosial dan raikan perayaan dengan cara yang sangat bersederhana.

“Saya percaya, hanya dengan semangat #KesatuanDalamKepelbagaian, kecekalan dan keberanian, kita mampu harungi ujian ini bersama-sama.

“Semoga Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita, membawa kebaikan serta kegembiraan kepada rakyat dan negara tercinta,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat