Selangor, Pahang Paling Ramai Terima Bantuan Baiki Rumah Pasca Banjir

- Advertisement -

RANTAU PANJANG – Penerima Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 diperoleh melalui senarai nama Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang layak, susulan kediaman rosak akibat bencana banjir banjir.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ruji Ubi, berkata pihaknya mengharapkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap negeri terbabit dapat mengenal pasti secepat mungkin mangsa yang layak agar proses pembaikan rumah dapat dijalankan segera.

Katanya, program berkenaan memfokuskan kepada tiga kategori iaitu membabitkan kerosakan bawah RM5,000 yang akan dibayar secara tunai, kerosakan RM5,000 hingga RM15,000 yang mana pembaikan segera atau bina baru dengan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

“Pihak PKOB dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertanggungjawab membuat anggaran kos yang diperlukan untuk membaik pulih sebelum diserahkan kepada pihak pelaksana.

“Setakat ini, senarai penerima yang paling tinggi adalah di Selangor dan Pahang, manakala Kelantan pula lebih 6,000 penerima yang dikenal pasti bakal menerima manfaat daripada Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022.

“Kita menyasarkan masa selama sebulan untuk proses penilaian penerima yang layak, manakala kerja membaik pulih serta bina baru dianggarkan selama tiga hingga enam bulan,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Barangan Asas sebanyak RM2,500 kepada mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, hari ini.

Ruji berkata, sebanyak 10 buah rumah terpilih untuk dibaik pulih sebagai perintis program berkenaan di Kelantan membabitkan jajahan Pasir Mas yang mana menjadi lokasi banjir hampir setiap tahun. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat