Malaysia Di Landasan Tepat, Tangga Ke-13 Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Negara berada di landasan yang tepat dalam menangani pandemik Covid-19 apabila kedudukan terbaru senarai Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei menunjukkan Malaysia kini di tangga ke-13 berbanding 115 pada Ogos tahun lepas, lapor Bernama.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedudukan itu juga menunjukkan negara sedang menuju ke arah situasi yang lebih baik dan semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik serta langkah penjarakan sosial lebih longgar.

Menurut beliau lagi, pencapaian dari usaha baik ini mesti berterusan dan semua pihak tidak boleh cepat berpuas hati.

Selanjutnya Hishammuddin berkata keutamaan kerajaan ketika ini ialah menurunkan lagi jumlah kes harian serta meningkatkan kadar vaksinasi khususnya dos penggalak dan membawa negara ke Fasa Endemik.

“Ia bukan mudah namun kita berkemampuan untuk melaksanakannya,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Hishammuddin turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak terutama petugas barisan hadapan serta rakyat yang disifatkan sebagai cekal, tabah, kuat semangat dan berdisiplin dalam melaksanakan usaha menangani penularan COVID-19 termasuk mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei setakat 31 Dis 2021, Malaysia di tangga ke-13 dengan 66.5 mata manakala Bahrain menduduki tempat teratas dengan 82 mata diikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).

Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks itu menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes Covid-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat, kata laporan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat