Setiausaha Akhbar MB Pahang Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUANTAN – Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar (MB) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali meninggal dunia pada pukul 5.42 petang tadi.

Allahyarham yang berumur 61 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan dipercayai akibat kanser darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Indera Mahkota 5 di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, malam ini.

Allahyarham pernah berkhidmat kepada tiga menteri besar iaitu Tun Mohd. Khalil Yaakob, Datuk Seri Adnan Yaakob dan terakhir, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, allahyarham adalah seorang insan yang komited serta amanah dalam menjalankan tugas dan jasa beliau akan dikenang selamanya.

“Beliau adalah figura penting dalam membantu saya menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Pahang.

“Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menaikkan darjatnya, dan menempatkannya bersama orang-orang yang soleh,” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat