AJL35 tak akan ada kontroversi

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

Kuala Lumpur: Pasukan produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) berjanji persembahan finalis di pentas akhir pada 7 Februari ini berlangsung tanpa sebarang kontroversi seperti tahun lalu.

Penerbit Eksekutifnya, Nurhul Huda Khalid berkata, mereka mengambil pengajaran apa yang berlaku dan akan memastikan semua finalis mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Antaranya meminta semua finalis menandatangani perjanjian dari jabatan undang-undang supaya tak akan berlaku lagi perkara sedemikian.

“Apabila sudah berlaku sesuatu yang buruk tahun lalu, takkan kita nak ulang perkara sama. Setakat ini 12 lagu yang ditunjukkan persembahan mereka tiada yang akan mencetuskan sesuatu yang kontroversi,” katanya dalam sidang media secara dalam talian.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima/ Primeworks Studios, Datuk  Khairul Anwar Salleh dan hos AJL35 iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni serta Sissy Imann selaku hos Karpet Merah.

Penganjuran Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun lalu mencetus kontroversi apabila Aina Abdul tampil dengan gimik baju berdarah sehingga mencetuskan kecaman pelbagai pihak.

Manakala, kumpulan Drama Band pula tampil dengan konsep pakaian badut yang dikatakan menyindir seorang bekas pemimpin negara.

Nurhul Huda berkata, perkara itu sememangnya tidak dijangka kerana ada di antara artis tidak menunjukkan apa yang akan dibuat pada persembahan sebenar semasa sesi latihan.

“Itu yang buat benda ini berlaku. Kalau ikutkan semuanya sudah persembahkan kepada kami. Memang semuanya sudah ada dalam perjanjian.  Cuma apabila berlaku kami hanya boleh bagi amaran. Kali ini kami sediakan surat. Kontroversi itu buat kami terkejut.

“Namun, persembahan Aina sepatutnya bukan begitu. Ada kesilapan teknikal sehingga ia jadi begitu. Sepatutnya darah itu keluar cantik dan bukan seperti yang kita lihat itu. Persembahan Drama Band pula memang kejutan habis,” katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya akan menunggu pengumuman kerajaan hari ini untuk mengulas lanjut berkenaan penganjuran AJL35.

“Sekiranya kita tak dibenarkan untuk menjalankan acara ini, ia mungkin kami akan buat pengumuman kemudian. Kami ada plan B juga kalau dibenarkan menjalankan persembahan itu mengikut jumlah kerja yang terhad.

“Saya percaya kemampuan pasukan AJL35 yang diketuai Nurhul Huda untuk melaksanakannya berdasarkan pengumuman yang akan dibuat. Kami tak nak buat spekulasi dan akan ikut plan B dan plan C apabila dapat pengumuman ini,” katanya.

AJL35 akan berlangsung pada 7 Februari ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...