KUALA LUMPUR – Sistem data kemiskinan negara eKasih merekodkan Kuala Lumpur memiliki bilangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar paling ramai iaitu 474 orang.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat bulan lepas, Kedah mempunyai jumlah kedua tertinggi (341), diikuti Sabah (289), dan Johor (275)
Manakala katanya, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, dan Putrajaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Dalam pada itu, Dr Zaliha memberitahu, seramai 2,191 KIR di seluruh negara berada di bawah kategori miskin tegar setakat 30 Nov, manakala 391,539 diklasifikasikan sebagai miskin.
Beliau berkata demikian menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput), yang meminta pecahan mereka yang berdaftar di bawah eKasih.
Mengenai KIR di bawah kategori miskin, beliau berkata Sabah mempunyai jumlah tertinggi (71,900), diikuti Sarawak (58,877), dan Kelantan (58,684).
Putrajaya mencatatkan bilangan KIR miskin terendah iaitu 38, diikuti Labuan (1,772), dan Kuala Lumpur (6,382).