Seramai 171 orang pelajar menerima Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Seramai 171 orang pelajar menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa/Siswi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM51,300.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, bantuan ini melibatkan 127 orang pelajar dari DUN Jelai, dan 44 orang pelajar dari DUN Tanah Rata.

Katanya lagi, setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM300.

“Penyerahan BPP 2023 ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan golongan sasaran mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya,

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM42.4 juta ringgit bagi menyalurkan bantuan ini melibatkan kluster-kluster tertentu.

“Seramai 171 pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran akan menerima RM300 ringgit melibatkan kos keseluruhan RM51,300 ringgit.

“Bantuan ini melibatkan 127 orang pelajar dari DUN Jelai, dan 44 orang pelajar dari DUN Tanah Rata,” kata Wan Rosdy ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa/Siswi dan Kluster Petani DUN Jelai Tahun 2023, di Dewan Laman Sejahtera Sg Koyan, Lipis, pada Jumaat.

Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang Kluster SiswaSiswi dan Kluster Petani DUN Jelai Tahun 2023 di Dewan Laman Sejahtera Sg Koyan Lipis pada Jumaat

Dalam pada yang sama, Wan Rosdy yang juga Ahli Undangan Negeri Jelai (DUN Jelai) juga menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Petani Dun Jelai 2023 kepada seramai 170 orang penerima.

Setiap penerima akan menerima RM200 setiap seorang dengan kos keseluruhan berjumlah RM34,000.

Wan Rosdy ketika menyampaikan ucapan berkata, masyarakat di Jelai dapat menilai Kerajaan Negeri menerusi prestasi dan bukannya persepsi.

Tegasnya, cukup-cukuplah terpengaruh oleh sentiman atau persepsi jahat yang cuba
dimainkan oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri.

“saya yakin, Kerajaan Negeri yang diuruskan sejak tahun 2018 telah mencapai tahap yang begitu cemerlang sehingga banyak kejayaan-kejayaan telah dicapai termasuklah pemberian Bantuan Prihatin Pahang,

‘Untuk makluman, kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang pada masa kini sudah pun mencecah RM1.084 bilion ringgit, dan sudah melepasi sasaran yang ditetapkan tahun ini iaitu RM1.083 bilion ringgit,

“Kejayaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut kita berjaya mengutip hasil melebihi RM1 bilion ringgit tanpa membebankan rakyat,

“Dan seperti mana yang sering saya nyatakan, lebihan perbelanjaan yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri akan kita pulangkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan juga inisiatif,” ujar Wan Rosdy.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat