Apple mula rakam gambar jalan 360 darjah di Malaysia hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Apple memulakan rakaman di Malaysia bermula hari ini dengan gambar panoramik 360 darjah.

Aplikasi Apple Maps ini memberikan pengalaman seumpama Google Street View, dinamakan sebagai Look Around.

Amanz melaporkan, selepas terhad di beberapa negara, kini Apple mengumumkan akan memulakan rakaman di Malaysia untuk ciri berkenaan bermula hari ini, 10 November.

Mengikut jadual yang dipaparkan oleh Apple, mereka akan memulakan rakaman bermula di Selangor, dan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.

Keseluruhan rakaman di Malaysia dijangka akan tamat pada 25 Julai 2024 kelak, berakhir di Sarawak.

Hasil rakaman ini akan dihimpunkan untuk digunakan pada ciri Look Around yang dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna tempatan dengan sokongan peta Malaysia selepas segalanya dihimpunkan kelak.

Apple menyatakan mereka akan mengumpulkan data pemetaan ini dalam sejumlah kaedah, termasuk menggunakan kenderaan yang bergerak di jalan raya untuk rakaman data.

Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kenderaan Apple Maps berlegar di jalan raya Malaysia, di samping pelbagai wakil Apple yang akan mengumpulkan data dalam menambah-baik sistem pemetaan Apple Maps.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat