Penghantaran kedua bantuan kemanusiaan ke Palestin berlepas malam ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Penghantaran kedua barangan keperluan utama bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza melalui penerbangan kargo sewaan khas akan berlepas pada Jumaat malam.

Ujar Wisma Putra, ia akan melibatkan muatan sebanyak 16 tan barangan keperluan perubatan dan barangan bayi serta makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.

Ops Ihsan adalah merupakan kolaborasi unik merentasi agensi Kerajaan bersama lebih daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tujuan utama Ops Ihsan ini adalah untuk memastikan gerak atur proses bantuan lebih tersusun dan efektif di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri (KLN),” kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Jumaat.

Wisma Putra turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin melalui Akaun Amanah Kebajikan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Sumbangan tunai boleh disalurkan menerusi CIMB Islamik Bank Berhad Nombor akaun 86-0030248-9 atas nama Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin,” kata Wisma Putra. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat