Pilih biru BN ori bukan cetak rompak – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengundi Melaka diingatkan supaya memangkah biru Barisan Nasional (BN) yang original dan usah terpedaya dengan biru cetak rompak kerana hasilnya mendukacitakan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang Melaka untuk bersama mengembalikan kestabilan dan kemakmuran yang dirindui ketika di bawah pemerintahan BN.

Meski tidak menamakan secara jelas biru cetak rompak yang dimaksudkan Zahid, namun umum maklum beliau merujuk kepada logo Perikatan Nasional (PN) yang juga berwarna biru.

“Justeru, rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi.
Dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 November 2021.

“Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti.

“Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan. Memilih warna biru parti politik mestilah atas manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah telah terbukti, ayuh kita bersama kembalikan kestabilan dan kemakmuran yang dirindui,” seru Zahid dalam catatan di Facebooknya malam tadi.

Presiden UMNO itu memberitahu, seramai 28 calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menterjemahkan suatu bukti yang nyata.

Katanya, bukti bahawa BN terus membawa naratif politik berlandaskan semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

“Calon UMNO bersama MCA dan MIC sekali lagi berpadu sebagai suatu wadah gabungan politik membawa harapan sebenar rakyat.

“BN akan kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU-14.

“BN mahu kembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang terus menerus merundum sejak 9 Mei 2018. Maka PRN Melaka sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat