Adly gagal cabar keabsahan bubar DUN Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, hari ini, gagal mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dalam usaha membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Adly, 50.

Terdahulu, Noorin dalam penghakimannya, berkata proses membuatkan keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.

“Pembubaran itu tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah. Sehubungan itu ia tidak boleh diubah menerusi semakan kehakiman,” katanya memetik BH pada Rabu.

Adly, 50, selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Menteri Melaka (sementara), Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof sebagai responden pertama dan kedua.

Sementara responden ketiga dan keempat ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohd Ali Rustam.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Adly menuntut perisytiharan nasihat responden pertama (Sulaiman) terhadap responden keempat (Mohd Ali) pada atau sekitar 4 Oktober lalu untuk membubarkan DUN Melaka ke-14, berniat jahat (mala fide).

Beliau mendakwa responden pertama ketika itu tidak lagi mempunyai sokongan besar ahli DUN Melaka.

Selain itu, Adly turut menyatakan, responden pertama bertindak secara tidak munasabah dengan menasihati responden keempat membubarkan DUN Melaka, dalam keadaan pandemik atau endemik COVID-19 yang sedang berlaku.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka turut memohon perintah agar writ dan notis yang dikeluarkan responden ketiga (SPR) untuk mengadakan PRN negeri pada 20 November ini, dibatalkan serta-merta.

Adly juga memohon perisytiharan bahawa proklamasi responden keempat mengenai pembubaran DUN dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan Melaka bertarikh 5 Oktober lalu tidak sah, kerana nasihat itu dibuat ketika Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat