Keluarga Palestin Serah Wang Kertas Era Empayar Uthmaniah Kepada Kerajaan Turki

- Advertisement -

BAITULMUQADDIS – Sebuah keluarga Palestin dari Tebing Barat yang menyimpan sejumlah wang kertas era empayar Uthmaniah selama 106 tahun dilaporkan menyerahkan semula kepada kerajaan Turki.

Menurut agensi berita Wafa, wang tersebut ditinggalkan oleh seorang tentera Turki semasa Perang Dunia Pertama.

Lapor Middle East Monitor, keluarga Al-Aloul menyerahkan wang kertas tersebut dalam satu majlis rasmi diadakan di ibu pejabat Gabenor Nablus.

Wang kertas itu diterima oleh Konsulat Jeneral Turki di Baitulmuqaddis, Ahmet Riza Demirer.

Demirer mengucapkan terima kasih kepada keluarga Al-Aloul kerana menjaga dengan baik wang kertas itu selama lebih seabad.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Al-Aloul, Ismail berkata, dia mewarisi amanah berkenaan daripada datuknya, Omar dan abang kepada datuk, Mutee yang menerima wang kertas tersebut sebelum tahun 1917.

“Mutee pergi bersama tentera Turki itu ke medan perang dan meninggalkan sejumlah wang kepada datuk saya.

“Tiada sesiapa kembali selepas itu, namun datuk saya memilih untuk menyimpan wang kertas tersebut yang diserahkan kepada ayah dan kemudian kepada saya,” katanya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat