BN Perlu Jadi Parti Teras – Khaled Nordin

- Advertisement -

MELAKA: Parti teras masih lagi relevan untuk politik Malaysia bagi memastikan kestabilan politik negara ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata ketiadaan parti teras akan menyebabkan ketidaksetiaan kepada parti dan berlaku lompat melompat sehingga sukar mengawal kestabilan politik negara atau negeri.

“Kedua kalau tiada parti teras banyak sangat ‘bargaining’(tawar-menawar), banyak sangat ‘give and take’ (tolak-ansur) sehingga perkara yang sangat penting berasaskan perjuangan pada parti tak boleh nak dilaksanakan sebab tiada parti teras.

Atas sebab itulah UMNO (pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu bertanding lebih dari 14 atau 15 kerusi supaya boleh menjadi parti teras, tiada parti teras tiada kestabilan, ini rakyat Melaka kena tentukan, kalau ikutkan UMNO kalah PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), tetapi tidak mati, jadi pilihlah UMNO,” katanya dalam rancangan “Gegau Melaka” yang disiarkan dalam Facebook BN COMMS di sini malam ini.

Beliau berkata ketika mengulas mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) cuba menjadi “Abang Besar” pada PRN Melaka sehingga membuat keputusan bertanding bersendirian pada PRN kali ini.

Mohamed Khaled berkata tindakan BN bertanding bersendirian bukan hendak menjadi “Abang Besar” tetapi untuk mengembalikan politik dan Kerajaan Negeri Melaka khususnya dan negara secara amnya melalui pendekatan parti politik teras.

Pada PRN Melaka yang dijadual 20 Nov ini BN bertanding di 28 kerusi dengan pembahagian UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

Daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baharu dengan hanya mengekalkan empat penyandang.

Dalam pada itu, Mohamed Khalid berkata BN menggunakan pendekatan “3K” dalam memberi kepercayaan kepada calon muda iaitu “kualiti”, “kepelbagaian dan kemajmukan” serta “kerja keras”.

“Bagi BN kualiti tiada kompromi, dengan meletakkan calon berkualiti kita dapat memenuhi hasrat pengundi.

Bagi kepelbagaian dan kemajmukan kita tawarkan kepelbagaian dari segi kaum, usia dan latar belakang, dan sifir ‘kerja keras’ adalah penting bagi memastikan calon sentiasa sedia berkhidmat kepada masyarakat, walaupun kalah, tapi UMNO tetap jalan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata semua calon juga perlu berpaksi kepada matlamat kewujudan UMNO iaitu didahului dengan amal bakti dan dan kedua baharulah politik.

“Kalau tidak berpegang pada matlamat, kalau UMNO kalah dah lama habis, tapi UMNO masih kekal kerana semua ahli dilatih sedar keadaan masyarakat dan fikir bagaimana nak selesaikan masalah rakyat,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat