Anugerah The Best FIFA Diadakan Secara Maya Dari Zurich Awal Tahun Depan

- Advertisement -

NUGERAH Bolasepak The Best FIFA 2021 akan diadakan secara maya dari Zurich pada 17 Januari tahun depan.

Anugerah di bawah kelolaan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu diadakan setiap tahun sejak 2017, di mana Cristiano Ronaldo muncul pemenang pertama katergori Pemain Lelaki Terbaik.

Bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski, memenangi anuerah sama dalam edisi 2020 dan kini berharap usahanya memecahkan rekod dalam Bundelisga musim lalu akan membuahkan hasil untuk mempertahankan gelarannya.

Persaingan kali ini turut menjurus ke arah penyerang Liverpool, Mohamed Salah, yang menduduki tempat ketiga edisi 2018 dan menikmati permulaan cemerlang musim 2021-22, manakala dua pemain Perancis, Kylian Mbappe dan Karim Benzema, turut kelihatan berpeluang untuk menggondol anugerah kali ini sambil nama Ronaldo dan Lionel Messi turut tidak boleh dilupakan.

Turut dipertandingkan dalam edisi kali ini adalah Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik dan Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik selain dua anugerah sama dalam kategori wanita.

Selain itu, senarai kesebelasan utama FIFPRO terbaik lelaki dan wanita juga akan diumumkan.

Dengan kes koronavirus di Eropah masih meningkat, FIFA memilih untuk mengadakan acara itu secara maya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, badan induk itu berkata: “The Best menggabungkan pandangan daripada empat teras dalam dunia bola sepak.

“Pemenang trofi bagi kategori pemain dan jurulatih terbaik lelaki dan wanita akan ditentukan menerusi proses undian yang melibatkan kapten dan ketua jurulatih kesemua pasukan kebangsaan dari seluruh dunia, undian dalam talian daripada peminat dan serahan nama daripada kumpulan terpilih yang terdiri daripada lebih 300 wakil media.”

Proses undian akan bermula dari 22 November ini dan akan ditutup pada 10 Disember depan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat