Keputusan bawa pulang MALBATT dari Lubnan akan ditentukan UNIFIL – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan membabitkan pegawai dan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 termasuk membawa balik pasukan itu akan dilakukan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pasukan MALBATT ketika ini mengekalkan kedudukan mereka di selatan Lubnan namun operasi rondaan masih dihentikan.

“Kita tertakluk kepada UNIFIL yang akan buat keputusan berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman dalam kawasan operasi,” lapor Bernama pada Khamis.

Khaled memaklumkan, pegawai dan anggota serta aset pasukan MALBATT ketika ini tidak terjejas dan berada dalam keadaan baik.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, UNIFIL mengesahkan pasukan pengaman masih ditempatkan di pelbagai lokasi di seluruh Lubnan, dengan rancangan kecemasan sedia untuk diaktifkan jika diperlukan.

Sabtu lalu, jurucakap pasukan pengaman, Andrea Tenenti, mengesahkan tentera Israel memaklumkan kepada UNIFIL pada 30 September mengenai niatnya untuk melancarkan serangan darat terhad ke wilayah Lubnan dan meminta penempatan semula beberapa kedudukan pasukan itu.

Menurut laman web pasukan interim itu, setakat 2 Sept lepas pasukan pengaman UNIFIL terdiri daripada 10,058 individu dari 50 negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat