CBP sertai ICCMY2023 di Semporna, Sabah

- Advertisement -

Cyberjaya 10 Oktober  – Seramai 70 orang kakitangan dan sukarelawan Co-opbank Pertama (CBP) bersama komuniti setempat telah menyertai International Coastal Clean-Up 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna, pada 9 Oktober 2023.

Prrogram ini bagi menerapkan kesedaran mengenai alam sekitar dan kesan pemanasan global selaras dengan komitmen kearah mencapai matlamat sebagai negara bebas karbon menjelang 2050

International Coastal Clean-Up 2023 merupakan program yang dianjurkan oleh Reef Check Malaysia dengan kerjasama Badan NGO Ecodistrict Association dan Luma’ Selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP,Khairil Anuar berkata ”Melalui program seperti ini dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat dengan menjalinkan kerjasama stategik diantara agensi kerajaan, sektor koprat, badan NGO dan komuniti,”

Selain aktiviti pembersihan pantai, CBP juga telah mencipta Eco – Bricks Wall Art yang dirasmikan oleh En Khairil Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif dan En Rafis Makhtar, Ketua Pegawai Perniagaan menggunakan botol plastik yang hanyut dari laut sebagai contoh dimana sampah dari laut seperti plastik botol sampah dapat dimanafaatkan secara kreatif untuk pelbagai kegunaan.

Hampir 2000 botol plastik botol berjaya dikutip pada program ini, dimana setiap botol plastik bersaiz 1.5liter menghasilkan impak pencemaran alam sekitar 160 gram jejak karbon yang dilepaskan dan menjejaskan alam sekitar.

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat