Dunia Islam perlu bersatu untuk hentikan kekejaman rejim Zionis – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa dunia Islam bersatu dan bersama-sama untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Kata Ismail Sabri, rakyat Palestin dizalimi, dibunuh dan tanah dirampas.

Setiap hari, mereka hanya menunggu masa untuk menjadi korban serangan rejim Israel.

“Kerajaan Malaysia sejak dahulu sehingga kini tetap menyokong bahawa bumi Palestin perlu bebas daripada pendudukan haram Israel.

“Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, saya telah menggesa kuasa-kuasa besar untuk bersikap jujur dalam menyelesaikan isu rakyat Palestin.

“Namun, dalam krisis yang berlaku hari ini, saya ingin menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam bersatu dan bersama-sama menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Selasa.

Jelas Ismail Sabri lagi, Konflik terbaharu Palestin dan Isreal adalah berpunca daripada sejarah yang sangat panjang. Rakyat Palestin dikurung dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia berdekad-dekad lamanya.

Justeru, usah terperangkap dengan naratif Israel dan Barat bahawa konflik ini berpunca daripada HAMAS. Selagi puncanya tidak diselesaikan, maka konflik ini akan terus berpanjangan dan mengorbankan ribuan nyawa, ujarnya.

“Hak mutlak rakyat di bumi Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat wajib dipertahankan.

“Saya menyeru agar seluruh Keluarga Malaysia bersolidariti dan berdoa agar bumi Palestin akan terus dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat