Hisham Gesa Jangan Pinggirkan Mereka Yang Ada Masalah kesihatan Mental

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menggesa masyarakat di negara ini agar mengamalkan sikap bantu membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

“Jika kalian tahu seseorang yang sedang melalui saat sukar, dekati mereka.

“Dengar luahan perasaan mereka, beri sokongan dan luang masa dengan mereka akan sangat membantu,” jelas beliau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dilaman media sosialnya.

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia, dikala negara sedang diuji dengan penularan pandemik Covid-19, rakyat digesa mengambil berat keadaan insan tersayang.

Sebagai tanda sokongan kepada mereka, Hishammuddin juga telah memakai  “riben hijau” sepanjang minggu ini di pejabatnya di Wisma Putra.

“Tanya mereka, bagaimana dengan keadaan mereka, dan ambil serius apa jua luahan mereka.

“Tiada siapa patut berasa keseorangan ketika pandemik ini, kita perlu bantu dan sokong satu sama lain kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, ” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat