Orang Israel adalah jelmaan syaitan – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad melabel orang Israel sebagai jelmaan syaitan bahkan mereka tidak layak menjadi menjadi manusia selepas apa yang dilakukan kepada penduduk Gaza.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan orang Israel sebagai raksasa tanpa peri kemanusiaan.

“Makhluk jenis apa orang Israel ini? Mereka tidak boleh menjadi manusia. Tiada manusia yang boleh melakukan apa yang mereka lakukan kepada penduduk Gaza.

“Mereka secara terbuka melakukan pembunuhan beramai-ramai, membunuh lelaki, wanita, kanak-kanak dan juga bayi. Mereka menyebabkan mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan, dimusnahkan oleh bom dan roket mereka. Beribu-ribu telah meninggal dunia dan beribu-ribu lagi cedera.

“Tetapi sekarang mereka dengan kejam membiarkan rakyat Gaza mati kelaparan. Mereka boleh melihatnya. Dunia boleh melihatnya. Kanak-kanak lelaki dan perempuan, orang dewasa, bayi kini hanya tinggal rangka dan kulit yang menegang di atas tulang.

“Tiada harapan. Mereka sedang mati. Kita tahu. Mereka (Israel) juga tahu. Mereka tahu mangsa sedang mati. Bukan serta merta. Tetapi dengan penderitaan berpanjangan selama berbulan-bulan, berminggu-minggu dan berhari-hari sebelum mati,” katanya di Facebook miliknya hari ini.

“Orang Israel adalah jelmaan syaitan,” selar beliau.

Dr Mahathir berkata, semua yang menimpa rakyat Palestin adalah hasil kekejaman Israel sedangkan mereka sepatutnya tahu peritnya kelaparan kerana nenek moyang bangsanya pernah merasai betapa ngerinya penderitaan kelaparan perlahan-lahan.

Ujar beliau, seorang manusia sepatutnya tidak mahu penderitaan sama ditanggung orang lain tetapi tidak difikirkan oleh Israel kerana mereka tidak langsung menunjukkan mempunyai perasaan.

“Mereka menimpakan penderitaan ini bukan kepada orang yang dahulunya melakukan kezaliman terhadap mereka sebaliknya melakukan terhadap bangsa yang pernah memberi perlindungan ketika mereka memerlukannya.

“Tidak sedikit pun rasa syukur. Seperti jelmaan syaitan, mereka membunuh dan membiarkan orang tidak berdosa mati kebuluran. Tidak ada walaupun secubit rasa kasihan. Mereka bukan manusia. Mereka adalah raksasa yang tidak peduli walaupun 8 bilion manusia di dunia mengutuk mereka.

“Sejarah dunia akan merakamkan perkara ini. Orang Israel adalah jelmaan syaitan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat