PRN Slim: 8 Set Borang Pencalonan Telah Dibeli Kata SPR

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

Putera Sultan Brunei Kongsi Punca Kemangkatan Abang

KUALA LUMPUR ― Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen membuka mulut tentang punca kemangkatan kekandanya Sabtu lalu. Pengiran Muda Abdul Azim,...

Ipoh – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan lapan set borang pencalonan telah dibeli setakat pagi ini, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Sabtu ini.

Pengarah SPR Perak Mohd Nazri Ismail berkata, terdapat dua parti berdaftar dan tiga wakil Bebas membeli borang tersebut.

Tanpa menyatakan parti berkenaan, Mohd Nazri berkata, terdapat parti dan juga wakil Bebas membeli lebih daripada satu set berkemungkinan sebagai persediaan sekiranya berlaku kesilapan dalam pengisian borang.

“Pihak yang ingin menjadi calon masih mempunyai masa sehingga pukul 10 pagi pada hari penamaan nanti untuk membeli dan menyerahkan borang mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau turut menasihati mana-mana individu yang ingin bertanding supaya memakai pelitup muka apabila memasuki pusat penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim yang juga merupakan pusat penjumlahan rasmi undi.

Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata, calon parti itu akan diumumkan pada Rabu ini (12 Ogos).

Semalam, sebuah portal berita melaporkan, Ahli Dewan Negara Marzuki Yahya sebagai berkata, kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan calon mereka bagi PRK DUN Slim juga pada Rabu ini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan