Kerajaan dibenci bukan sebab diesel sangat tapi hipokrit – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemarahan dan kebencian memuncak rakyat terhadap Kerajaan Madani hari ini bukan berpunca daripada penyelarasan subsidi diesel tetapi lebih kepada sikap hipokrit yang terserlah selepas bertukar status daripada pembangkang kepada kerajaan memerintah.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinilai tidak memiliki ‘self-awareness’ (kesedaran diri) untuk minta maaf kepada rakyat kerana gagal mengotakan janji untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya mendakap tampuk kuasa.

“Kenapa orang benci sangat kerajaan hari ini ia tak berkait sangat dengan diesel. Dia tak sangat berkenaan dengan keperluan untuk menyelaraskan semula subsidi ini.

“Kerana sebahagian faham untuk kelangsungan kewangan negara, tapi orang marah sebab kamu tak ada self- awareness yang dulu kamu cakap kalau kamu menang kamu akan turunkan harga minyak.

“There is absolutely no self-awareness untuk katakan okey lah kita minta maaf lah dulu kita keluarkan janji yang memang tak masuk akal.

“Sebab hari ini dia kata kalau kamu tak setuju dengan penyelarasan subsidi kamu adalah walaun,” kata Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Menurut bekas Menteri Kesihatan itu lagi, beliau tidak rasa kalau parti lain yang buat penyelarasan subsidi ia akan dibenci sehebat ini.

“Parti yang tak pernah ada highlight reel yang gila-gila panjang kata saya akan menang, saya akan turunkan harga minyak, kemarahan itu tak akan setinggi inilah.

“Tapi kemarahan itu sangat tinggi sebab baik Anwar, baik Rafizi semua tidak ada self-awareness untuk kata ya lah dulu kita terpaksa cakap benda ini sebab kita nak kuasa.

“Sekarang ini realiti of governing kita terpaksa buat benda yang sepatutnya dibuat. Sebab itulah kita perlukan penyelarasan subsidi ini.

“Jadi rakyat menghukum kau sebab kau ni memang hipokrit gilalah,” bidas bekas Ketua Pemuda Umno itu lagi.

Khairy malah menamakan Anwar dan Rafizi untuk tampil membuat penjelasan itu kepada rakyat.

“Saya rasa PMX sendiri dan mungkin Rafizi perlu buat penjelasan itu sebab kalau dalam sukan ni dia punya highlight reel adalah semua goal dia lah.

“Jadi highlight goal PMX dengan Rafizi sekarang ini adalah highlight reel waktu mereka pembangkang,” kata Khairy.

Manakala bekas ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming juga senada dengan pandangan Khairy itu.

“Jangan tengok orang yang tidak setuju sebagai orang bodoh, orang walaun.

“Jika tidak mampu kotakan semua janji sewaktu jadi pembangkang dulu, sekurang-kurang ada usaha ke arah itu. Ia lebih baik daripada tidak buat apa-apa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat