KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan untuk mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK), bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menerusi pelaksanaa Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).
Menerusi satu kenyataan semalam, kementerian memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung peruntukan waktu pengaraj bahasa dalam kurikulul baharu berkenaan.
Keputusan berkenaan dicapai hasil penelitian dan perbincangan dengan mengambil kira pandangan serta cadangan yang dikemukakan sepanjang sesi libat urus berkenaan.
“Ketetapan ini memastikan peruntukan waktu pengajaran bahasa berkenaan tidak dikurangkan,” menurut kenyataan itu.
KPM turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan pandangan dan cadangan dalam perbincangan berkenaan.
Kementerian menegaskan penguasaan bahasa serta keperluan pembelajaran murid di semua aliran sekolah kekal menjadi keutamaan dalam usaha melaksanakan pembaharuan kurikulum negara.



