Keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak jamin kestabilan politik – Shahrir Samad

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad mengkritik keputusan Speaker Dewan Rakyat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang disifatkannya boleh membawa kesan buruk kepada kerajaan.

Shahrir yang juga veteran UMNO menerusi tulisannya di Facebook membayangkan situasi enam Ahli Parlimen itu seperti ‘katak politik yang tidak melompat’.

“Apabila keputusan dibuat bukan kerana prinsip tetapi atas kepentingan sendiri dan kepentingan semasa, jangan terperanjat apabila keadaan yang sama boleh terkena kepada diri sendiri.

“Tidak ada apa yang sekarang menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti.

“Tak lompat, hanya ‘terkeluar’ dari parti sebab menyokong kepimpinan Ketua Dewan, iaitu PM.

“Bagaimana sebaliknya? Iaitu menarik sokongan dari Ketua Dewan tanpa keluar parti sendiri.

“Keputusan ini tidak menjamin kestabilan politik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat